Ahad, 29 April 2018

Oh MalaysiaKu

Mulai wang ringgit trgadai maruah bangsa
Ku kira detik 31 ogos tidak lagi bermakna
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kerna juga kerakusan tangan² manusia

Perdebatan hebat pemimpin² negara
Beraksi tidak mngira waktu ketika
Ditonjol yang suci di media
Yang hitam dilupus masa

Tidak mengenal erti cinta
Sudah hilang rasa bangga
Janjiku janjimu semanis gula
Berteriak menjerit spt org gila

Tak disangka mnjadi-jadi si tua
Sudah hidup bertahun lama
Kibaran panji telah pun menjelma
Ayuh bertukar kaki kibarkan bendera





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AIDILFITRI 2025

            Salam sua raya kelima           Jiwa tiada, tiada rasa, rasa biasa           Kita korban pada yang indah           Lakar senyuma...